Memaparkan catatan dengan label NaN-maLIFE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NaN-maLIFE. Papar semua catatan

10.11.11

Habit!








Gigit Kuku + Termenung = Berfikir







6.3.11

Duduk rumah lagi Bagus!

sesungguhnye duduk rumah lagi bagus dari keluar berjalan-jalan di hujung minggu..

sebab:

1. Dapat bergotong royong mengemas rumah bersama-sama keluarga tercinta
2. Dapat merapatkan silaturahim antara keluarga dengan melipat baju sambil bergosip
3. Kawan-kawan akan lebih mengambil berat, dengan bertanyakan soalan "kau tak keluar ke hari ni?"..nampak macam orang penting kan??
4. Perut kenyang sebab kat rumah banyak makanan, cikedis pon banyak, aktiviti di isi dengan penuh..iaitu makan tanpa had di depan tv.
5.Yang paling best sekali tidak akan berlaku sikit pun penyelewengan wang di dalam dompet..pheww selamat~~
6. Korang buat la pendapat korang sendiri, tak kan sume nye aku nak bagi kan...

Siapa setuju dengan pendapat yang aku bagi ni..setuju kan..apa!?? tak setuju?? #dush2-pang! cepat cakap setuju!! #dengan nada kasar..hehe..aku tau dah, korang mesti setuju punye lah....gud2 la korang ni..

Weekend yang sangat membosankan..apabila otak kiri dan kanan aku berada dalam tahap kelajuan 10km/jam..#kesian tak?

Semua nye akibat Roadtax keta aku yang dah mati aritu, dan aku lupa nak cakap 'innalillah', sebab aku lenjan keta aku hampir sebulan dengan tak de nye perasaan bersalah dan baru perasan time memandi kan kereta dan tiba-tiba terlihat yang roadtax keta dah tak bernyawa!

OMAIGOD...dugaan apa kah ini!!..#sila baca dengan nada yang kesal hokay~mekaseh..

Ayat-ayat kat atas tu aku just nak sedap kan hati sendiri sebab tak dapat keluar jalan-jalan! T_T .. korang mesti setuju kan..~~

p/s: alaaaaaaa..hari ni ade Carboot Sale tau tak kat JOHO!!?? aku tak dapat pegi, 1 pasal roadtax, 1 lg pasal tak da member nak pegi..so Duduk rumah lagi Bagus!

nota kaki: roadtax oh roadtax..kenapa lah ko tak da alarm signal ke nk bgtau ko tu dah nazak?? alahaiii....hilang 'kaki' dah aku ni..sok gi keja jalan guna kaki original jek..kompem smpai opis tinggal kaki jek..badan dah tak de..*nangis!...berapa banyak kaki daa nak gune.haiz

28.1.11

Kepayahan Menaip



Maka, untuk kali ini, Tak banyak story untuk di baca dalam entry.



Tak Percaya???






Percayalah~~~~

(^_^)v

24.1.11

Si API yang berTanggungjawab dan byk Tekanan


    Wah tajok en3 nak panjang, tak mo kalah. haihh

        Kebosanan yang melanda sejak dua menjak ni. Tak paham apa yang berlaku, tapi buat-buat paham. *senyum*
          Oleh itu semakin cuba menyibokkan diri dengan kerja2 di opis..semakin terasa kosong..nothing happen..hmm *mengeluh* padahal cuba nak isi masa yang kosong ni.

              ok..cukup..cukup..cukup..tukar cite...

                  haa pe lagi...cecite..cecite..

                      pernah tak korang cuba buat life korang seceria mungkin..tak kosong..ada sahabat yang boleh datang n dengar masalah kita. Keluarga yang hepy. Kerja yang sempurna. Dikelilingi orang-orang yang sangat seronok..takpe2..

                      Saya bersyukur dengan kehidupan yang sekarang ni.. (: takda kene mngene dengan cecite jap lagi.

                      ok2..sebenarnya nak tunjuk ni kat korang ... ehe :





                      kepada korang yang kenal aku tu..koarang rase2 la kan, agak2 la berapa peratus persamaan yang ada kat information atas ni dengan diri aku..ade persamaan ke xde langsung..aku xpercaya benda2 ni..tapi aku saje2 gatal tangan try mende ni..bosan la katekan hihihi..

                      try la kat sini http://rahsia-tarikh-lahir.com/ .. kompem korang akan perasan apa yang di katakan tu sama dengan tabiat diri korang..cuba lah sendiri k..(tak kan aku nak buat kan untuk korang pulak kan.)

                      23.1.11

                      Kebahagiaan adalah Hak Milik Setiap Insan


                      Tak semua orang suka kita. Tak semua orang sayang kita. Tak semua orang senang dengan kita. Dan yang paling penting, Tak semua orang paham kita. kan kan kan..

                      Betul tak apa yang saya kata tu?? hurmm..

                      Tiap kali bangun pagi, kita mesti mengharapkan hari yang akan di lalui tu baik-baik belaka. Betul kan..tapi agak tak best kan bile apa yang kita harap kan dalam hari tu tak menjadi .. *mengeluh* ..

                      Semua tu dugaan dalam hari tu. kita jangan la pulak anggap diri kita ni selalu malang bila sesuatu yang kita harap tu tak menjadi.ikut macam my nephew yang berumur 3tahun slalu cakap .. "rilek luuhh MakNani" .. so bawa-bawa la bersabar ye. Kita kan di kurnia kan akal untuk kita berfikir. so dengan akal yang kita ada, berfikir lah secara matang untuk mengatasi ketensionan yang melanda tu k. Tak semestinya kita perlu marah2 or menuduh orang laen punca nya. Nanti kalau dah marah2 kan dah tak best. Kita mesti jadi tertekan. Pastu nak moody jek satu hari. Tengok diri sendiri dulu, paham kan apa yang tak kena, then baru la buat conclusion nya. ok clear kan.

                      Aku suka tengok orang2 keliling aku gelak ketawa bersama. Bahagia tengok semua orang bahagia. Bila nak sampai turn aku? Wallahhualam la ye. Semua datang dari-NYA. Aku hanya makhluk-NYA yang cuba menjadikan hidupnya tu sempurna. Tapi aku tetap bahagia.Oke cuba paham ya di sini..

                      Kita tak akan dapat yang sempurna dalam mencari kesempurnaan.

                      tapi cuba kita bentuk sesuatu tu menjadi sempurna walaupun ia tak sesempurna mana pun agar ia nampak sedikit sempurna.

                      Sekurang2nya aku MENCUBA. Cuba membentuk kebahagiaan dalam diri. Ia merangkumi cubaan menggembirakan diri sendiri dan juga orang lain.Walaupun kadangkala terasa hati.

                      Mungkin ada yang tak faham apa yang aku cuba bebelkan di sini. Tak pe lah kalau tak paham.

                      oleh itu Bersabar la selagi anda mampu..mungkin di sebaliknya ada sesuatu yang menarik menanti kita. Siapa tahu kan..



                      Yang pasti, esok, aku nak celik mata, aku mahukan kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan yang berterusan sampai la mata ni terpejam.[mcm gambo kt atas ni haa] dan hari2 yang seterusnya pun begitu. amin~


                      *menguap*menguap*mengucap*menguap*mengucap*



                      2.1.11

                      Two Zero Eleven ???






                      Nanie belum bersedia untuk 'menconteng arang' di dinding entry kali ni ... oleh itu hanya lukisan yang d buat tatkala kepala otak kusut di pamer kan sebab konfius dengan 'Tahun Baru' ... nanti kalau Nanie dah bersedia untuk 'membebel' ... jangan sampai korang tak sanggup nak baca pulak ... ehe ... daaa~~


                      27.12.10

                      KAWAN - versi 2


                      aku sedia MENGALAH .. hope KORANG hepi

                      TACING??? tak lah .. u noe nani rite???

                      hehehe .. ijinkan ku PERGI

                      daaaa~~~


                      .. aku tgk korang dari jao pun xpe kan ..

                      papehal msg jek aku.k.

                      KAWAN tetap KAWAN

                      rileks r *senyum*

                      26.12.10

                      KAWAN - versi 1

                      aku berada di kotaraya yang hiruk pikuk ni .. wahh tak sangka aku dapat jumpa dorang lagik .. mekaseh kepada mereka yang melayan aku d malam christmas ni .. korang memang sonok la .. ye r sanggup tu tunggu aku dari kul 1 pai kul 6 ptg tdik .. lame kan xjupe korg .. dah dekat 3-4 taun gak la kn .. ehe .. mekaseh sebab bersaborrr ngan aku yang riuh ni .. hehe .. papehal pn nanti bile aku free aku update lagi k cite pasal ni .. skang aku mcm mau rest r .. hehe .. sori la plan d buat las minit .. tbe2 jek rase nak jupe korg kat KL ni .. mekaseh la ye korg nk gak lepak ngan aku .. hahaha .. tenkiu sume .. nanito

                      *bile pk2 kan balik tajuk entry ni, rase cam .... 'hurmmmmmm~~~~' susah nk tafsirkan ape masalah masing2 smpai aku plak yang rase aku ni salah .... xpe la .... kalau d terangkan maybe akan ada yang buat2 xpaham ....or maybe akan d 'bahan' .... salah ke aku rase nak 'tacing' .... salah ke???? n maybe tacing aku sekejap jek, tp kalau aku salah untuk 'tacing2' ni .... korang jek boleh tacing .... ok fine .... aku mintak mahap la kt kenkawan2 aku yg still anggap aku 'kawan' la kan .... maybe lum knal aku ni cane kan .... lenkali gtau la "nanie, ko xleh tacing2 ni, ko kene terime jek ktorg bahan ko" .. haa nampak x? camtu lah .... maybe aku akan xtacing selepas d bahan kan .... mungkin aku senyummmm n bahan balik .. tp xpe2 .... xperlu bebel banyak2 .... dah jadi 'musuh' pon kan .... hahahhaa .... pape pun .... "MakNanie sayanggg semua nye" .... penat dah pikir perangai orang2 tua ni kan .... dah nak 'bertunang' p0n kan ....



                      MERRY CHRISTMAS *senyum

                      20.12.10

                      heart = HATI







                      HATI.berPERASANGKA
                      Rasa sangat susah HATI
                      bila HATI berkecamuk
                      jangan sampai hilang HATI
                      HATI-HATI yea







                      p/s: baru lepas makan ubat ni..bile la nak sehat ni..huhu..dah 2 hari xselera makan
                      ..aa

                      14.12.10

                      Kenapa 'Dia' ??


                      Dia pernah aku kenal ,
                      Dia pernah jadi kawan ,
                      Dia pernah jadi sahabat ,
                      Dia pernah aku hormat ,
                      Dia pernah jadi kakak ,
                      Dia pernah jadi cikgu ,
                      Dan
                      Dia pernah jadi penyebab ,
                      Tapi
                      Kenapa Dia yang perlu rasa marah ,
                      Sebab
                      Aku pernah rasa tercabar ,
                      Aku cuma meneka ,
                      maaf kalau ianya salah ,
                      Dan Tapi
                      Aku xpernah pula cuba untuk memBenci ,
                      malah aku bagi Peluang ,
                      kenapa?
                      Sebab aku tau apa rasa itu ,
                      walaupun sedikit ,
                      Dan
                      Aku ke yang Salah sebab bagi peluang itu ,
                      Aku tak tau apa RAHSIA mereka ,
                      Tapi
                      Takpe, aku Terima jek semua ketentuan-Nya ,
                      Aku sedia berundur ,
                      Dan aku mungkin sedih ,
                      Sebab hilang orang yang aku pernah kenal ,
                      Dan
                      Sebenarnya Aku sangat tak suka keadaan ini ,
                      Kenapa aku masih berfikir?
                      Cukup-cukup lah Nani ,
                      Biar lah semua ni berakhir ,
                      Tapi
                      Aku tak dapat jawapan ,
                      Nak kan kepastian ,
                      Untuk aku pergi dengan aman.
                      Terima Kasih



                      Aku pergi dulu .. Salamz~



                      *xperlu block aku, xperlu buang aku, xperlu benci aku, sebab aku x marah pun.
                      kenapa wujud entry ni untuk 'Dia'? sebab ... 3hari berturut2 aku mimpi 'Dia' ... kenapa???
                      again!...-nani, kau jangan nak cari pasal. oke?-

                      12.12.10

                      teruskan beRAHSIA ...









                      "Orang yang paling tidak bahagia

                      ialah

                      mereka yang paling takut pada perubahan."










                      p/s: susah la aku nak sampai kan apa yang hati ni nak cakap...haihh...SUSAHH...korang paham tak..ianya ialah susah?? hurm.. ;( .. aku ke yang x bahagia?? erm..

                      3.12.10

                      JAY BEE RIDERS mariiii


                      sapraiiisssss~~~~ agak terkezut x..kalau korang xterkezut xpe la..sebab yang terkezutnye ialah aku..sebab aku xpnh rase nak post en3 baru time2 senggini..kan..so xpe...bia aku jek yang terkezut k...OCOPOT!!! terkezut makk~~ :P




                      and sekarang ni just nak habaq kat korg suma, aku nak kua g JOHOR BIKE WEEK kat ANGSANA. dari 3-5hb Disember 2010 ni..so dtg ramai2 k...abang n akak aku ada bukak booth kat sane..datang ke booth JAY BEE RIDERS oke..support la skett...hehe...ok2...tata..nak siap2 jap...byee

                      28.11.10

                      SUKA sangattt

                      hari ni tak ada yang menarik sangat. aku rasa macam-macam-macam-tenang siket kot *walaupun dalam kepala still pikir pasal kerja kat opis tu..haizz

                      esok dah hari Isnin, banyak gile kerja yang nak d settle kan, akcely tak banyak tapi rumit.hurm..biasa lah kene design buku. dah la aku tak terer sangat bab buku2 ni. kene dummy bagai. huhu. xpe. aku percaya aku bole buat..yeahhh~~!!! <--sambil berdiri atas kerusi dan buat muke yang paling bersemangat waja.

                      1hb ni bermulalah aktiviti PuanMak & EncikAyah d luar Kempas(nama kawasan umah aku tu), bukan saja d luar Kempas, malah Johor, tak lupa juga MALAYSIA. huhu. Mereka mao pegi ke Beijing..*tak ajak seyhhh~~. Mereka pegi selama 6hari 5malam insya'Allah. Kenapa mereka pergi kesana?? ouhh..saje jalan2 hanimun..ehe.. Aku doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang. Amen~. CikNani sayang semuanya *wat gaya ala2 kak nita sayang semua.dan jangan lupa sengaukan sedikit suara anda ye.

                      so tadi, aku teman PuanMak pegi beli bag untuk die letak baju die sume *padahal byk beg, saje nak beg baru gak.. tapi sebelum tu, aku ajak PuanMak masuk kedai DAISO.

                      korang tau kan DAISO tu. Semua barang kan 5rm kan. Ha kepada yang xtau tu, klik la kat DAISO ni k. Semua barang Japan dlm tu. Dan Semua Barang Adalah 5RM!! oke..paham semua?? kalau paham kite sambung cite k. oke gud girl bebeh..

                      so nak d pendek kan cite. Aku cari stokin untuk tido malam. sebab aku ni ada masalah bab kesejukan ni. siyesly memang xtahan la. (biase la orang kurus memang akan ada masalah camni, ye tak). dan aku jumpa Fleece Roomsocks. so aku beli la stokin ni..taraaa..hehe




                      COMEL dakk??? comel kan. Kaler itam ade luv-luv merah tu. So Sawet kan. aku rase macam aku BEST GILE jek skang ni. Kununnye macam aku sorang jek ada stokin ni...hahahaha...*jangan poyo sangat ye CikNanie..tak comel pun pasan..Rasa cambest jek nak tido..hehe..

                      ok lah. Megi dah kembang dah tu..nak g makan jap then berangan ngan stokin comel ni then baru tido. hehe.


                      tata~~~~~

                      27.11.10

                      Hobi Yang Comel


                      wohopp..menguap dulu sebelum menaip. kalau xnak menguap.. mengucap dua kalimah syahadah lagik afdhal.
                      sempat aku taip untuk enty ni sebelum masuk hari esok. kan kan. terer kan aku.
                      *memang slalunye update entry baru sebelum kul 12.00 mlm tiap2 hari..sbb tu jek la time free nk membebel kat sini..

                      mentaliti aku tengah konfius ni, sebab tadi, 10 minit selepas budak ni kol, aku kol die balik. tapi dia tak pick up koling akuk. pantas gila dia tido kan. xpe la mungkin dia penat kot packing barang dia dari malam tadi sampai ke pagi tadi..*gila lama kau packing barang..haiz..tak mengapalah.

                      sila abaikan kalau tak mao kepala korang penin dengan cerita corat coret carut (ade ke?) yang tak da makna kat atas tu. memang kebiasaan entry sebelum2 ni pun sama jugak kan. semua nye corat coret carut yang mengarut sama sekali. sememang nya xpatut d hadap oleh sesape pung. tapi semua tu aku xkesah sangat sebab janji aku dapat membebel kat dalam ni ikut suke aku laa...kan..

                      tadi kat lua opis ternampak ada kanak2 maen lari2 dalam hujan. siap xkai baju plak tu. dalam hati ni asek la membebel kat budak2 ni *membebel dlm hati memang la dorg xdengar kan. yelah siang2 hari main hujan. siap golek2 kat jalan tar yang tah air ape mengalir tu. euw..memang ko balik uma berkurap la badan tu dik oi.hish..pastu bile dah abes membebel dlm aty ni. datang lak abang kat kedai sebelah ni sound;

                      "dik, dari kau bergolek2 tu baik kau masuk jek dalam longkang tu..berendam terus"

                      tau apa budak buat..mereka bergole, bergolek dan terus bergolek..merkea hengat situ sunway lagoon ke?? ish3..mereka semua buat xtau jek dan teruskan 'permainan' dorang..

                      dan abang tu membebel sorg2 gak..

                      "apa la budak2 ni, bukan nye bes maen camtu. pegi la g panjat pokok ke ape ke, baru thrill.macam aku kcik2 dulu..bla bla bla"

                      ayat 'bla bla bla' tu penting ye sbb die membebel panjang jugak xdapat telinga ni nak record. pastu aku cakap la pulak..

                      "bang, panjat pokok x thrill la bang. abang penah try panjat bumbung rumah, pastu lepak atas bumbung tu tengahari buta coz nyorok dari emak sebab tak pegi mengaji. baru thrillllll~~~"

                      abang tu trus toleh kat aku

                      "eish xkan lah nak wat camtu tengah hari buta, kalau malam ye la kot.kalau tengahari matahari terpacak woo. panas kot..Nape? kau buat macam tu ke??"

                      aku senyum pastu trus blah naik masuk opis tinggal kan abang sebelah tu terpinga-pinga..hihihi

                      tu bole dikira sebagai hobi aku time kecit2 k. korang pun mesti ada hobi gak kan.
                      contohnya mengumpul batu bata, mengumpul siput khinzir, xpun golek2 kat jalan tar macam budak2 tadi..

                      korang yang bace ni jangan lah pulak berusaha nak cari no telepon mak aku kat yellow pages plak semata-mata nak gtau aku lari dari pegi ngaji mase kecik2 dlu ye..abaikan niat korang tu.

                      oh oh, rasa macam semangat plak menaip bila dengar lagu rancak2 camni. rasa macam mau joget Shuffle ala2 muda mudi zaman sekarang. tak pun joget Futterwacken ala2 Mad Hatter joget dalam cite alice in wonderland tu. pastu dah penat baru bole tido dengan nyenyak.. ye takk??


                      oke sambung menguap..*yarwn*yarwn*

                      p/s: die ni selalu bermasalah dalam karang-mengarang ayat penutup yang manis mahupun tragis. sebab tak banyak baca novel. oleh itu penutup tidak ada dramatik langsung. *senyum

                      26.11.10

                      Mengalah Bukan Kalah


                      aaaaa...banyak betol setan kat keliling..hohoppp saya tak perlu marah terjerit2..k

                      mao duduk diam2 pun ta buleh ka?? haizzz...
                      nak duduk, pastu landing sket, pastu baring trus, pastu tido trus...pastu hilang ingatan sampai ke esok pagi nye..weee~~

                      tak pe kan?? *banyak soalan tapi xde sape nak jawap..ha ha ha

                      sebelum tu..ada orang cakap, cik tak reti pegang chopstik!! <----malu beb.(trus tutup muke)
                      *nape letak name chopstik..nape x ciken chop ke, lamb chop ke, beef chop ke..kan.. ade ke??

                      MEMANG LAAA~~~~ ehe...*ada ke patut komen gambo cik pegang copstik kat entry bwh tu..(>.<)'


                      oh oh oh..


                      sebelum darah amarah cik naik sampai ke kepala..(bukan marah pasal orang kate cik tak reti pegang copstik..ni marah pasal laen..) baik cik tido...ye tak...tak bole la berpikir jek..mata dah penat tapi kepala ligat cam gasing..<---ni tibe2 masuk cite laen plak..maaf semua..


                      tapiii...ehe..tak pe..tak pe..
                      ada orang tu ngah packing2 barang..tak tau la bile die SIAP packing barang die..ye ye jek..tah2 tido..hahaha oke2..cik perlu tido......



                      sekarang...tapiiiiiiiiiiiiii <--tapi lagik..haizz...

                      cik nak on Fesbuk le dulu kan..ngeeee~~~

                      24.11.10

                      keTENTANGan


                      ops...sebenar nya nak type keTENANGan...aaahh kire halalan toiyiban la yep..
                      nak bebel lebih-lebih, takut orang menyampah..

                      so mari kite masok kan gambo lebih-lebih..


                      so korang layan jek la k..
                      kalau agak2 xbest klik tanda 'X' kat hujung atas belah kanan tu ye..hehe...














                      snap-snap @ ROOST Juice Cafe - Jalan Dhoby Johor Bahru, Johor
                      smart gile deco die..aku suke..wink wink

                      tapi kalau berlebihan gambar yang semua nye ialah AKU..
                      ape nak jadi kan...ehe..


                      esok rasa malas nak pegi keje..bole x?

                      rase malas nak dengar cite...

                      "eh nak tau tak.. laki aku kan suh aku masak kan die tomyam"

                      aku jawap.."eh, kau reti masak ke??"

                      "semalam laki aku potong kan rambut aku..sebelah pendek sebelah panjang"

                      aku jawap.."knape xbotak kan terus..lagi senang"

                      "maaf la, laki aku suh aku balik awal hari ni..xbole nak tolong korang OT hari ni"

                      aku jawap.."bagus la..aku leh OT dengan aman hari ni"

                      "weh, laki aku ajak pegi memancing la..malas nak ikut"

                      aku jawap.."xyah ikut..laki ko nak mancing utk bini no 2 tu"


                      ouhh tacing nye saya....tapi....sayang nye semua yang aku jawap tu hanya dalam hati..yg aku mampu PEKAK kan saja telinga dengar cerita pasal LAKI die jek...tau la baru kawen..agak2 la cerite ngan aku yang single mingle not available nih kan....haizz...bohsan oke...ko xpaham ke...itu semua ialah BOHSANN!!! apa-apa hal pun..aku siyesly memang malas nak layan orang yang BANYAK CAKAP ni...sori saya seorang yang PENDIAM...ehe...


                      19.11.10

                      Tak Perlu kan Apa-apa..




                      sedih??
                      *apesal ko nak sebuk..

                      nangis??
                      *xda kene mngena dengan ko pun..

                      bosan???
                      *yup!! ehe...

                      sebab??
                      *ade jumpe dengan orang yang tak tahu apa itu berSYUKUR & berTERIMA KASIH

                      wOw...susah ke nak berSYUKUR dengan apa yang KAU dah dapat..apa lagi yang TAK CUKUP?? apa yang aku nampak..hidup kau dah LENGKAP..apa yang DIIDAMkan, bila-bila saja akan ada dalam genggaman..

                      Tak perlu nak menunjuk-nunjuk,
                      sebab aku tahu dari mana PUNCA & dari SIAPA semua itu,
                      Tak perlu TAMAK dengan apa yang ada sekarang..
                      sebab SEMUA itu hanya SEMENTARA..
                      Tak perlu juga kununnya nak MENABUR BUDI,
                      sebab aku tahu NIAT sebenar walaupun sekilas pandang..
                      Tak perlu kan ayat-ayat semangat,
                      sebab aku tahu Tak Ada sedikit pun keikhlasan..
                      Tak perlu menyimpan hasrat nak MEMIJAK KEPALA,
                      sebab ia akan menimbulkan rasa yang menjengkelkan..

                      aku tahu aku tak SETARAF dengan kau dan mereka..
                      tapi aku ada HARGA DIRI dan AIR MUKA bukan letak di TAPAK KAKI..
                      sebab AKU sedar, tak semua orang tu sedar yang mereka TAK SEDAR DIRI..

                      kaji balik dari mana datang TAPAK yang kau ada sekarang kalau tak dari TAPAK yang kau PANDANG RENDAH saat ini..tak selamanya kau akan di atas..

                      sesungguhnya, bukan menDOAkan keburukan..tapi MENGHARAPKAN sedikit KEBAHAGIAAN untuk orang yang MEMBERIKAN kau segalanya..


                      ahhh!!!! menci..menci..menci....apa kau membebel ni nani..
                      senang cakap la...TAK PERLU NAK BERLAGAK bole????

                      p/s: maaf..agak emosi sekarang ni..T_T

                      18.11.10




                      If you love something,
                      Let it go,
                      If it come back to you,
                      It's yours forever,
                      If it doesn't,
                      Then it was never meant to be





                      16.11.10

                      SELAMAT .......


                      corat coret jangan sampai tercirit..hua hua hua.. hari ni aku kerja..xcuti pun..T_T..pape pn, sebelum aku stat membebel...aku nk says ... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam..

                      Actually, tak ada yang nak d bebelkan sebab..LAPO!!!



                      *trus rase nak jd cam cookies monster makan biskut banyak2..nyum3...

                      Yang nak SPM minggu depan tu, xyah la korang nk study2 lagi last2 minit ni...last2 minit ni time utk release tension sket...<---hahaha memang korang failed la kalau ikut petua aku ni






                      Korang kan dah blaja rajin2 selame 17 tahun skolah..xkannn lah xpandai2 gak??

                      dah2..sape yang rase rajin nak blaja tu g bukak buku..wat contoh soalan lepas2..insyaAllah dapat result cam aku dlu..ehe...*Ops kantoi dah TUA..hikhikhik


                      contohi la tuan empunya slip result exam ni k...xkesah bape byk subjek ko hamek..n bape byk subjek yg ko mampu jawap...aku doakan yang baek2 saja lah...

                      pssttt...kalau tgk dari segi subjek yg die amik...korg perasan x die bukan budak melayu/Islam...kan kan...*rase bangge plak...tapi dah kantoi d situ..baru nk gtau yg result atas tu aku punye..tapi die bukan MELAYU + ISLAM..AKU MELAYU dan AKU ISLAM...ahaha...so aku rase bangge la sbb post kn slip result dak ni dlm blog aku..

                      dan budak tu pn patut bangga gak sbb slip die yg terpilih..huahuahua


                      aahhh WATEVA pung...Selamat menduduki peperiksaan kpd budak2 spm tahun 2010, kakak/abang/adek/anak sdare aku ke..kan...op, op ...ANAK SDARE AKU??

                      yup...to ADIB IZZUDIN & HANIF ISMAIL (muke cam org2 tua kn dak2 ni)...selamat menjawap soalan ye...jgn pikir nak bergurau senda jek...haihhh....


                      SELAMAT semua nye, SELAMAT ye...lastly



                      SELAMAT HARI RAYA

                      SELAMAT MENDUDUKI SPM

                      dan











                      SELAMAT MALAM ..........

                      15.11.10

                      what the DAY???

                      Neway. Hari ni tak ada cerita yang menarik sangat. Sebab seperti biasa rutin harian nani ialah :

                      1) bangun pagi (bese kul 6 tpt dah terjaga)

                      2) mandi + solat subuh skalik *kdg2 terlepas gak..huhu..T_T..nk kene pasang bom kat tinge kot..

                      3) siap-siap nak g keje

                      4) sampai ofis dlm kul 8.20..punch kad then trus cari sarapan..

                      5) pastu wat kerja dengan RAJIN nya .. *font tak yah nak bold, orang laen tau kau tu RAJIN! ops..terbold lagik..ehe.. :p~

                      6) buat kerja sampai x hengat donia

                      7) donia pn x hengat aku bila bekerja

                      8) kerja | kerja | kerja & kerja..

                      9) dah settle kerja baru leh balik..T_T bese plg lambat aku pnh balik kul 10.++pm...

                      10) pai uma trus cari bantal, tilam n selimut...peh sgt bes wooo.....TIDO,TIDO,TIDO..

                      n..pastu bende ni biasenye berulang start hari isnin sampai la hari sabtu(walaupun halfday)..n kdg2 aku rase bagus gak hidup aku bizi ngan kerja..sbb problem kerja lg bes dari problem lain..korang xrase ngantok ke bace cite aku ni haha...aku yang rase ngantok menaip bende ni...ok lah..*tarik selimut n Daaaaa~~~ jgn lupe bace doa tido...nite