Memaparkan catatan dengan label NaN-Friends. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NaN-Friends. Papar semua catatan

16.5.11

Marriage Partner

Gua rasa setakat ni gua happy tengok kawan-kawan gua naik pelamin.
Tahun 2011 paling banyak gua dapat kad kahwin dari member2..
Bersusun kat rumah kad warna warni d0rang tu..
gua terharu sebab di UNDANG ke majlis lu0rang...tenkiuverimach!
Wohoaa..
Adakah sebab umur d0rang sebuk-sebuk nak kahwin??
Adakah sebab Mak Pak d0rang suh d0rang kahwin??
Adakah d0rang memang gatal nak kahwin?? <---ade kene penampor gak aku ni..hehe..mahaff..

Tapi jangan salah kan dorang yang nak berkahwin tu...
korang nak tau satu benda tak??

Kenapa Wonder Women Tak Jadi Kawen Dengan Superman???

lu0rang tau tak kenapa???

Sebab d0rang tak ada j0d0h!

Kalau lu0rang pernah dengar teka teki ni..itu la sebab nye..
Pada aku dia bukan sekadar teka teki, dia memberitahu pasal j0d0h..hahaha
Semua ketentuan datang dari-Nya..kita just rancang..tak semestinya menjadi..
Tak kira lah lu0rang ni superhero ke, supernatural ke, supermarket ke..
Kalau dah tertulis dia bukan jodoh lu0rang, so bukan lah..lu0rang try la usaha cari j0d0h laen..
tapi kadang2 kalau ada effort lebih...kita boleh dapat apa yang kita nak...am i rite??
Bukan cuba mengubah takdir..tapi gua tak b0d0h..gua belajar agama..gua orang Islam..
Allah suka orang yang berusaha..ini serius..kan kan.. #buat muka serius gile..

Apakehel nye gua cite pasal j0d0h ni semua?? saje je..
Gua bukan nak cakap pasal j0d0h gua..
lu0rang jangan nak suspenderr sangat..
Gua cuma teruja pergi majlis perkahwinan kawan-kawan gua.. tu jekkk...hihii..

----------------------------------------------------------------------------------------
C0ngratz to

Amoi & Ahcong (SMTP)
Farah Zunurain Abd Latif & Pasangan (SMTP)
Zaidi a.k.a Digun & Pasangan (SMKK)
Ghazali Ibrahim & Pasangan (SMTP)
Suhaila Ismail & Pasangan (SMTP)
Fairoz Omar & pasangan (SMTP)
Zulkifli & Norain(PoliJB)
Hishamudin & Pasangan (dak Opis)
Razif & Pasangan (PoliJB)
----------------------------------------------------------------------------------------


nota nak kene Kaki ke? bersusun kan kawan2 aku nak kawen..ni baru yang aku tau..yang aku tak dapat kad lagi lum tau bape ramai lagi..haizzz..

17.3.11

IS oke IS orait!


Assalamualaikum~ :D Well hello there world!! #AnwaqHadi..gua pinjam tagline lu jap..

Nak tanya..korang pernah tak beli sesuatu barang especially makanan lah..
of course la korang akan tengok tarikh luput nya kan..

kalau korang bukan jenis orang yang tengok tarikh luput ketika membeli barang2 makanan (lebih2 lagi yang dalam tin tu) aku akan pastikan korang kena cirit birit 15hari 30malam..hahaha..#jahat gile! tu lah sape suruh tak alert..

bagi aku cek tarikh luput tu sangat la penting ye...yela kalau korang terbeli barang yang dah expired korang akan:

1. Rase membazir duit jek beli, nk makan tak bole..
2. Kalau korang TERmakan kompem korang akan keluar masuk toilet..tak larat wooo..
3. #padan muke korang..ha-ha-ha

so ape kate..korang amalkan mengeCek tarikh luput dan kalau dah terbeli..BUANG SAJE lah..bukan boleh bagi kucing makan sekalipun..silap2 kucing tu mati..haihhh #jangan kejam sangat jadi manusia tu ye..


tapi lain pulak cerita,kalau orang yang bernama manusia ni ada TARIKH LUPUT kat badan dia..kannn~~

so nak buat macam mane tu ye?? adakah kite ni sebagai kawan patut BUANG dia atau dia jek yang BUANG diri dia tu ke laut..


[bak kata Ashley Tisdale .."It's Alraight, It's Ok"]



tapi kalau bak kate IS .. "IS oke IS orait" ..lalalalala



Nota nak kene Kaki ke? : ape ke jad dah nye la hai ... IS yang oke..IS yang orait...tapi nanie tak kesah pun..hihihi

2.3.11

Siapa Yang Annoying??

Sepanjang hidup gua selama 17 tahun ni kan..eh...opss 25 tahun..hehe..Ni kali yang ke-4 gua alami rase yang macam ni..

Rase Serba Salah Atas Keretakan Hubungan Orang Lain ..#Wat De Fish!

Dan Gua Sedia Blah Dari 'Hubungan Kawan' Yang Gua Ada Dengan Kawan Gua.
#tu pon kalau die nak gua blah r..kalau tak..gua stayy..haha

Gua sendiri tak faham dengan sikap sesetengah Perempuan..gua sendiri perempuan tapi gua pon tak faham dengan perangai perempuan..Pelik kan?? tapi tu lah kenyataannye sekarang..

Oke lah, ni more kepada jeles lah..Kali ni antara soalan yang biasa bermain kat kepala gua ialah :

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada Apa Dengan GUA??
soalan yang selalu gua tanya pada diri gua tapi gua tak dapat jawapan..[sigh]
#ape ke sengal tanye kat diri sndri..mmg la tak dapat jawapan..g tanye kat orang lain!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa kebanyakan perempuan takut sangat gua rampas boifren dOrang??
soalan ni siyesly dah nampak cam bangang!
#hoii!! lu orang tak nampak ke gua ni camne..tak secantik luOrang utk gua tergamak buat macam tu..please lah~

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Gua ke yang salah??
soalan yang gua sendiri rase macam...hawau lah...
#adoyaii..*meh aku hanggok kepala lutut lu kat dinding!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikutkan hati, memang banyak lagi 'soalan2 cepuk ko' dalam kepala otak gua ni..memandangkan otak gua sekarang ni agak tepu siket dengan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah #ade kene mengene ke?? so gua pun rase nak pendek kan cerita jek lah.

*Ia ditujukan khas buat sorang minah yang memang mintak kene hentam dalam ni..
Dalam satu perhubungan tu, kalau lu rase lu tak percaya kan pasangan lu, pekata lu blah jek. Sebab bukan pasangan lu yang tak boleh dipercayai, tapi sebab lu bengong. Pehal lu nak jeles bagai tu sume..lu tau tak sume tu menyusahkan diri lu! dan lu buat orang yang sayang kat lu tu cam orang gile..yang gua agak berdesing ni, lu babitkan gua dalam hal ni..siyes gua tak leh terima..gua perasan mende ni dah lame, tapi gua rase gua tak pernah ade wat salah dengan lu n gua pun bukan minah yang tergedik2 sebuk ngan laki orang.Gua kenal die dulu, sebelum lu kenal die. clear?? so bermaksud, dah lame gua kenal die.Ok, gua cam biase jek ngan die, dah kalau name nye KAWAN,gua tak pernah terpikir yang gua akan ada perasaan dgn die..Adoh, gua penin pikir.Lu tak rase membazir ke bergadoh ngan boifren lu pasal gua?? kan cam tak de faedah tu bunyi nye..

*n kepada si mamat ni plak..
1st, sori kalau lu marah wa bahasa kan minah lu k ni tempat gua lepaskan ape yang gua rase..2nd, kejadah nye lu ni..lu bole tak jadi diri lu sendiri..lu sayang minah lu, pastu dengan die lu madah cari problem jek..panas baran jek..then lu nyusahkan kan diri lu..ape kes?? kalau skang lu dah macam ni, lu tak pikir ke 10tahun akan datang nanti?,lu kate nak hidup dengan die sampai mati..bukan takat 2-3 tahun rumah tangga lu dah nk berantakan di sebabkan hal kecik2 gini..lu pandai2 la handle sume ni..mungkin gua tak tau cite sebenar..atau mungkin lu ade prob lain dengan die,then tibe2 gua terbabit same..kalau sebab nye memang gua, memang tak sikit tak banyak gua akan involve gak..tp kalau bukan sebab gua luOrang jadi camni..sori lah..gua rase bukan cara gua nak sibuk2 hal lu..hal rumah tangga orang, memang gua tak akan kacau..lu kenal gua camne kan..gua just nak lu sedar..tu jek..Papehal..kawan tetap kawan..gua nak tengok member gua semua bahagia..

#gua tak sangka gua berperangai macam $#!+ sekejap..haihh..annoying kan..

p/s: gua dah lah sakit br pas cabut gigi!!! haihhh...angin xbrape baek sgt..huhu

16.2.11

Tips Tops


Aku kalau sakit hati @ terasa hati, aku suka diam jek. Maybe kalau aku bercakap, aku akan mengeluarkan kata-kata yang agak ganaz gak lah. Kira nye ayat2 yang aku sendiri tak suka cakap tapi nanti aku cakap dan aku menyesal dengan sendiri nye. Menyesal kemudian dah tak berguna kan. So, lebih baik aku diam saje. Orang lain pun tak sakit hati dengan aku.

Oleh itu, aku terasa nak bagi tips la..Tips untuk melegakan sakit hati dengan cara yang agak sadis..dan membuat 'orang' itu terasa..hahahaha

1. mula2, korang memang akan terasa sakit hati yang teramat sangat bila ada seseorang sakit kn hati korang kan..contoh kawan korang ke, besfren korang ke, boifren korang ke, goifren korang ke..Korang just diam saje..

2. then, pujuk hati korang selow2..wat macam xterase pape..wat muke tak de perasaan..n dengarkan saje..*mcm aku slalu buat..ehe..

3. Paksa muka korang tu SENYUM..walaupun dalam kepala ni macam nak pecah tahan marah,nangis,dendam n ape2 jek la..SENYUM jek walaupun kelat..

4. Lebarkan lagi senyuman korang tu..kalau nak gelak2 siket pon lagi bagus..sampai la kepala korang dah free...

5. Cuba alihkan perhatian korang ke tempat lain, maybe kepada apa yang korang suka buat, minat, sebagai contoh On9 FB, Men Lukis2 ke, Tgk Laki Hensem Ke (kalau korang pompan la kan), Men gem ke, Bekebun, Bersenam, Ber... bla..bla...bla *lantak korg la nak watpe jnji korg tak pikir kan pasal sakit hati korang tu...

6. Bila orang tu tanye bagi tujuan memujuk/meminta maaf dan soalan die macam ni..

"Marah ke??"

.. korang memang ade rase nak jawab macam ni kan..

"dah tu ko hengat aku suke sangat ke kau buat aku macam ni hah nyet!!!"

.. takpe2.. besabo k..korang jawab jek..

"Yup! Memang Suke~ (^_^)"

7. Dan sebenarnya korang sememangnye harap die akan memujuk korang dan meminta maaf atas kesilapan die kan..korang tak yah layan dan teruskan dengan aktiviti yang terus meleka kan korang dari sakit hati korang..sampai la korang lupa yang sebenarnye tadi korang tgh sakit hati...dan korang akan senyum dengan senang hati pulak.. Sebab.. korang dah tak pikir sgt pasal hal tu.. so masalah tak jadi besar la kan..

8. Bila korang dah senang hati, baru la korang tegur 'orang' tu balik...hehehhehe...



p/s: sebenarnya aku tengah sakit hati ni..tapi aku tak tau n ak buat ape..kepada yang mencuba tips di atas tu..selamat berjaya la ye..sebab ayat tah hape2...tunggang langgang..tebalik bongkang..aku sendrik pn tak paham apa aku type tu..btol ke tak..sume men hentam saje..aku dah tak leh handle sgt dah ni...hahahhaha...walaupun gelak n melayan fb n bebloging bagai..xjalan gak wo..maybe saket ati sgt kot..hurmm..xpe2..sat gi reda la ni sakit ati aku..kan.. (=_='') ..

Kalau Aku Sakit Hati Pon..Kau Tetap Macam Tu Jugak..Ada Kau Kesah..Kurang2 Kau Cakap Tak Nak Wat Aku Marah, Tak Nak Gado Ngan Aku..Tapi Sebenarnye Memang Kau Tak Tau Yang Aku Ni Tgh Sakit Hati Dengan Kau..So..Sukati Kau Lah..Hati Aku..Memang Patut Aku Sendiri Yang Jaga Hati Aku..Orang Len Tak Yah Tau Pasal Hati Aku..OKE???



8.2.11

Johor Mari..


terasa nak jalan2 cari pasal di serata JOHObaru laa..

dengan hidung yang 'sok sek sok sek' *bukan sok sek2 anyam ketupat ye..tapi sesema..T_T
aku tetap gagah perkasa memaksa diri untuk cari pasal dengan orang2 di JOHO ni...hahahaha

merayap ar pe lagi! time ni jek la yang ade...walaupun rase tak brape selesa dengan kondisi diri cam hape2 tah..

sesampainya di Wilayah Lost Malaya~

ce-Teka, ce-Teka...ade ape kat sini...


Ada Aku~~~ YeaY!!


Ada Aku Lagik~~YeaY!!


Aku Lagik~~YeaY!!


Lagi2 Aku~~YeaY!!


Aku Jugak~~YeaY!!


Eh! Bukan Aku~~YeaY!!
hehehe..Ada

Carboot Sales Lah..








Tengoklah..semua bukak bonet kan..hehe
takpe2..bulan depan kite pegi lagi ye..



Jom Balik...

dan sampai rumah terus aku lepak gile..
demam plus sesema..
arghhh...tp puas ati dapat jalan2..

:)



2.2.11

Don't Judge a Girl By Her Manner!!

Toche ~ Toche ~ Hepy Neu Yar To All Chinese Fren, Supplier & apa2 jek lah malas nak type ~~

tapi kene type gak..sebab kat sini kalau aku bercakap, korang bukan boleh dengar pon kan! T_T

1stly: TOLONG PASTIKAN ANDA BETUL2 MATANG DAN TIDAK MUDAH SENTAP BILA TERBACA ENTRY NI..

2ndly: ENTRY INI TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG NAMA TERLARANG UNTUK TATAPAN PEMBACA..JADI PEMBACA JANGAN PERASAN LAH YE..

3rdly: SEKALI LAGI..PASTIKAN ANDA TIDAK MEMPUNYAI PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT HATI, BUSUK HATI, PEDENGKI, MULOT LONGKANG n ETC LAH..SEBAB MUNGKIN ANDA AKAN TERASA NGAN ENTRY AKU KALI NI..

4thly:OKELAH AKU DAH STAT NAK CERITA NI..ANDA BACE JEK LA K..

entry kali ni aku type berdasarkan cerita semalam malam.. (malam tadik lah)

boleh di kira berdesing gak lah lubang, cuping, bulu mahupun taik telinga aku sekali ni ha..

Oke2...aku Kadang2 tak berape nak paham dengan perangai segelintir orang yang tak pernah berbual dengan aku, tak pernah lepak dengan aku, dan tak pernah pun kenal aku..(especially PEREMPUAN)

Teruk sangat ke aku ni kat mata korang?? Liar sangat ke aku?? Aku rampas boifren korang ke?? aku ade hutang ngan korang ke?? atau aku pnah sentuh korang?? Korang pn aku xpnah borak la wehh... *tanda2 mcm nak ngamuk sat..haihh bersaba jek la.

Maybe aku boleh maafkan apa yang korang kata pasal aku..tapi aku tetap rasakan korang memang SALAH! sebab judge aku macam aku ni rapat gile ngan korang..OMAIGOD..salah apa aku buat kat korang ye?

Oklah..memang terbaek lah ayat dari mulot korang tu, sebab korang hanya nampak sesame korang jek yang perfect! kepade orang2 yang sakit hati dengan aku...plz la weh..aku tak tahu apa motif korang buruk2 kan aku kat member aku ni.

weh~ aku tak akan rugi apa2..sebab aku sendrik tak pernah rasa diri aku perfect or ape jek lah.. lantak korang la nak kate aku ni ape ke..orang yang knal aku, tau aku ni macam mane..aku rase belum pernah aku aku tak senyum kalau terserempak or berselisih ngan korang..

Dan..kalau aku gedik or player, korang boleh kira, (ini berkaitan dengan FB ye) bape banyak gambar yang aku bergambar berdua2an dengan member Lelaki/boifren..ade ke?? aku tanye lagi sekali..

ADA KEEE???!!!

kalau ade pun..korang bukan knal sedare mare aku kan..pape hal pon..memang wa ramai MEMBER LELAKI..

so lu nak kecoh ape!!??? benda tu yang buat korang kate aku ni player?? <---cam bagus ayat tu..buat aku gelak beso..hahahaha

Wa ni bukan Perempuan Melayu Terakhir cam korang..so korang tak perlu nak risau..sebab laki skang nak Pompan2 cam korang..Lemah Lembut, Cantik, Pandai Mekap, Rambut Rebonding, Pandai pakai HighHill, Jalan pun teratur, Ketawe pun tak kua suare, so rilek r sis..xyah takut..wa bukan calon dorang..


wa sedar diri gua ni x selemah lembut korang..
xlayak duk dalam kelompok korang..
korang xyah la wat cite macam2 ye..


sebab


memang sejak azaly lagi aku dah serabai..hahaha
tengok saja anak kecil yang berkaki ayam tu..
same jek sampai ke tua perangai die..


Open sket otak korang tu..untuk penjelasan yang mungkin korang memang tak akan paham pun..aku memang lebih selesa berkawan dengan lelaki..sebab dorang tak perlu nk jeles ngan aku kalau aku lebih cantik dari dorang..(lelaki mane boleh kai mekap..hehe)..senang nak berkomunikasi..(aku sedar aku agak kasar sikit n kalau kasar ngan lelaki ni dorang tak tacing)..lepak ngan dorang tak perlu nak control ayu..(sebab aku tetap NANI..xleh jadi KORANG)..

lagi pn aku sendrik memang tak ramai kawan perempuan..so?? perlu ke aku nak tambah kawan yang ada kelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki) mcm korang ni.Stop It okeh! aku dah serik utk berkawan dengan PEREMPUAN yang bermuka2 cam korang..Kalau korang tak suka aku..fine..senang jek tugas korang...

1. Tak Yah Cerita Pasal Aku.
2. Tak Yah Sebuk2 Bizi Body Amek Tahu Pasal Aku.
3. Tak Yah Buat Cerita Dongeng Pasal Aku Kat Orang Laen.
4. Hindarkan Dari View FB Aku..(kalau korang ade FB aku lah kan)
5. Senang Cite Lah..cek frenlist korang..then kalau ternampak nick Cik Isabella .. REMOVE tak pun BLOCK jek..k settle..

Tak kan menda2 camtu aku nak kene bukak kelas tusyen untuk korang kot?? kate korang perfect..Tak kan still nak view2 FB aku sebuk2 psl aku kan..wa kalau tak kacau orang..orang xyah la kacau wa..ni yang wa leh jadi hangin lintang ni..haizz..

lastly: KEPADA ANDA2 YANG TAK KENAL AKU TU...sebetulnye...DONT JUDGE a BOOK by its COVER!!


p/s: tak sangka sepanjang ni mu type kali ni..hahahhaa...bengong mu sharkz..
sian kau sharkz demam..hahaha..orang cuti-cuti ni lah nak berjimba sakan..lu dok uma jek la..
T_T

27.12.10

KAWAN - versi 2


aku sedia MENGALAH .. hope KORANG hepi

TACING??? tak lah .. u noe nani rite???

hehehe .. ijinkan ku PERGI

daaaa~~~


.. aku tgk korang dari jao pun xpe kan ..

papehal msg jek aku.k.

KAWAN tetap KAWAN

rileks r *senyum*

26.12.10

KAWAN - versi 1

aku berada di kotaraya yang hiruk pikuk ni .. wahh tak sangka aku dapat jumpa dorang lagik .. mekaseh kepada mereka yang melayan aku d malam christmas ni .. korang memang sonok la .. ye r sanggup tu tunggu aku dari kul 1 pai kul 6 ptg tdik .. lame kan xjupe korg .. dah dekat 3-4 taun gak la kn .. ehe .. mekaseh sebab bersaborrr ngan aku yang riuh ni .. hehe .. papehal pn nanti bile aku free aku update lagi k cite pasal ni .. skang aku mcm mau rest r .. hehe .. sori la plan d buat las minit .. tbe2 jek rase nak jupe korg kat KL ni .. mekaseh la ye korg nk gak lepak ngan aku .. hahaha .. tenkiu sume .. nanito

*bile pk2 kan balik tajuk entry ni, rase cam .... 'hurmmmmmm~~~~' susah nk tafsirkan ape masalah masing2 smpai aku plak yang rase aku ni salah .... xpe la .... kalau d terangkan maybe akan ada yang buat2 xpaham ....or maybe akan d 'bahan' .... salah ke aku rase nak 'tacing' .... salah ke???? n maybe tacing aku sekejap jek, tp kalau aku salah untuk 'tacing2' ni .... korang jek boleh tacing .... ok fine .... aku mintak mahap la kt kenkawan2 aku yg still anggap aku 'kawan' la kan .... maybe lum knal aku ni cane kan .... lenkali gtau la "nanie, ko xleh tacing2 ni, ko kene terime jek ktorg bahan ko" .. haa nampak x? camtu lah .... maybe aku akan xtacing selepas d bahan kan .... mungkin aku senyummmm n bahan balik .. tp xpe2 .... xperlu bebel banyak2 .... dah jadi 'musuh' pon kan .... hahahhaa .... pape pun .... "MakNanie sayanggg semua nye" .... penat dah pikir perangai orang2 tua ni kan .... dah nak 'bertunang' p0n kan ....



MERRY CHRISTMAS *senyum

14.12.10

Kenapa 'Dia' ??


Dia pernah aku kenal ,
Dia pernah jadi kawan ,
Dia pernah jadi sahabat ,
Dia pernah aku hormat ,
Dia pernah jadi kakak ,
Dia pernah jadi cikgu ,
Dan
Dia pernah jadi penyebab ,
Tapi
Kenapa Dia yang perlu rasa marah ,
Sebab
Aku pernah rasa tercabar ,
Aku cuma meneka ,
maaf kalau ianya salah ,
Dan Tapi
Aku xpernah pula cuba untuk memBenci ,
malah aku bagi Peluang ,
kenapa?
Sebab aku tau apa rasa itu ,
walaupun sedikit ,
Dan
Aku ke yang Salah sebab bagi peluang itu ,
Aku tak tau apa RAHSIA mereka ,
Tapi
Takpe, aku Terima jek semua ketentuan-Nya ,
Aku sedia berundur ,
Dan aku mungkin sedih ,
Sebab hilang orang yang aku pernah kenal ,
Dan
Sebenarnya Aku sangat tak suka keadaan ini ,
Kenapa aku masih berfikir?
Cukup-cukup lah Nani ,
Biar lah semua ni berakhir ,
Tapi
Aku tak dapat jawapan ,
Nak kan kepastian ,
Untuk aku pergi dengan aman.
Terima Kasih



Aku pergi dulu .. Salamz~



*xperlu block aku, xperlu buang aku, xperlu benci aku, sebab aku x marah pun.
kenapa wujud entry ni untuk 'Dia'? sebab ... 3hari berturut2 aku mimpi 'Dia' ... kenapa???
again!...-nani, kau jangan nak cari pasal. oke?-

29.11.10

Itulah Sayang

hentaman , hentaman, dan hentaman lagik~ yeah aku suke. ehe.

*dengar lagu Keong Racun lagik bes..syok gile tgk Sinta & Jojo ni joget. haha.

haih..semenjak, 2menjak, 3menjak, 4menjak, bermenjak2 ni. asek kua cite pasal CHENTA jek.
*ni bukan stori Chinta Chanduri ea~~aku xmengikuti langsung pun cite tu..mahap ye..

en3 kali ni agak kosong, xda input pape sangat, tapi..aku nak taip jugak pasal ia berkaitan dengan member aku. sebab. die maybe tertekan dengan Mak, or Orang Keliling die, or Mamat2 yang suke kat die.

kadang2 aku pikir, kesian kat die. die berhak dengan siapa die nak berkawan. tapi datang sorang minah ni bagi ceramah plak kat si heroin dlm cite ni. nak kata kau berpengalaman sangat dalam CHENTA2 ni. xkot, kau pun sebaya ngan heroin ni kan. pastu xhabis2 kau nak cite pasal laki kau. bosan dodol la kau nih. xpatut la wat si heroin ni sampai xboleh berpikir. hak die nak kata apa, tapi jangan la kau mati kan ayat2 die bile die nak bagitau apa sebenarnya yang die rasa pasal laki2 yang nak dekat dengan die. bagi die peluang nak bercerita, baru la bagi pandangan. ni tak, madah kau jek yang betul. xpaham aku. siyesly, tadi aku tersangat la xpuas hati dengan kau n ayat2 kau. kau buat die rasa macam die desparate sangat nak ber'laki'. haih!.

lg 1, maybe kene bersederhana kot. bukan 'maybe' tapi 'mesti'!! ehe. jangan terlampau SUKE dan jangan terlampau BENCI. sebab ia akan jadi sebaliknye. *ckp mcm ade pengalam jek kan. ehe.

dah2..cukup2 pasal dorang ni k.


pape p0n jom kite layan lagu ni sebelum aku off pc ni k.
ehe . manyak syokk woo....




Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

10.11.10

my HERO ♥♥♥♥♥


Bila di temani 2 hero, keselamatan diri rasa sangat terjamin. Boleh tido dengan aman damai katanya. Tetapi, bila hero yang menemani ni sangat kecil, siapa yang nak gerun?? pheww~~


tapi sangat lega bila hero-hero kecil ni dah tido.

Seorang jadi BEN-10

Seorang lagi jadi Spiderman
dan
Seorang lagi??? jadi ape??


jadi burung hantu *xleh tido..

*stokin tu aku beli kat bazar karat tadi kua jalan-jalan ngan kawan-kawan ofis
..comel-comel..suke tgk hero kecil ni pakai stokin tu.


muka kepuasan dapat makan d hutan bandar dan berjalan2 d bazar karat..ehee
*nite



8.11.10

oit! apekehe nye yob~

waaaaaaaaaaaaa T_T risau gile aku kat ko...mane ko poie mat oi..ape cer ni..da pape aku leh tlg campak sket meh...adeh la...td tanye wardi ko ktne...die kate ko dh jd org gila dah...hahaha...mahap terketawe plak..ngeee...hope everything ok...rite...huhuhu...




p/s: gua xleh tido sebab lu mat...haizzz...sabaq jek la aku..huhu

3.11.10

EGO mengHENTIkan RINDU


terase bosan menatap orang keliling yang makan sambil berbual ketawe...arghhh...aku kat sini mengadap KENTANG GORENG, AYAM GORENG, BUBUR McD plus Ice Lemon Tea.jgn kate nak ketawe, senyum pun tidak..tapi gelak dalam hati jek tgh kerenah dorg sume..hihihi...nampak sgt aku kat McD skg ni kan..ehe..yelah melayan adik aku ni die nk gune internet..*dasar malas nk byr berokben mmg la kene on9 kt lua...hihihi...dah la baru balik keje ni..penat lelah xhilang lagik, dah kua umah..xpe lah adik nye pn sorg jek kan..layan saje la kan..*seorang kakak yang baik kan.

Erm..semenjak 2menjak kebelakangan ni aku TERSANGATlah bz..huhuhu..komitmen aku sebagai pekerja sgt2 la d perlukan ketika aku d OPIS mahupun d RUMAH *bermaksud wa bwk keje smpai ke rumah laa..wa claim OT k..lu jgn nk kecoh haa..haha..wahh..bese la PEKERJA BERHEMAT la katekan (hahaha)

tapi tapi tapi...pape pn byk lagi prob yg xsettle skang ni..patut ke aku diam kan saje..coz aku xtau..ADAKAH semua nye berPUNCA dari aku or memang aku yang SALAH..tapi tapi tapi..aku xsalah kn mane2 pihak pn atas ape yg terjadi..sebab sebab sebab...salah aku gak xjelaskan ape yg dah aku katakan sblm ni..maybe die xpaham kot or XNAK PAHAM..xpe lah..pape pn aku still boleh BERKAWAN ngan sape2 pn kan..xde istilah aku BUANG sape2 pun dr life aku ni walaupun kadang2 susah gak nk buat menda camni kn..tapi tapi tapi..kalau aku bukak lagi cite yang same die boleh terime ke?? hurm..ataupun,aku kene teruskan apa yang dah jadi ni..sebab sebab sebab..die pn penah kata, dia XBOLEH TERIMA aku sebagai ‘KAWAN’ dia..so?? apa patut aku buat..haihh..BOLEH KE CAMTU??? aku dah kenal die..xkan aku nk wat bodo jek kalau terserempak kt mane2 kan..haihh..aku bukan org yg macam tu laa..kalau boleh aku nak jadi mcm biasa..be profesional okeh..kate dah TUA..kan..hihihi


kenapa aku still pikirkan menda ni..hurm..RINDU?? tah la, hilang dah sume tu, penat kot berpikir..SEBAB?? sebab asek jage hati orang jek..HATI SENDIRI?? bia kn jek ek (kt tempat keje pun same gak..rase nak SOUND sekati 2kati lak kat minah yang wat aku hangin semalam..byk mulut btul..die hengat aku ni sedara die,die boleh main ckp sesedap hati n mulut die jek kat aku.madah nk ikut hangin die jek..memang xknal Nanie btol lah die tu..haizzz)..hurmm penat lahh camni..umo baru 24..tp rase dh mcm umo 240 tahun plak..aku rase fed up ngan org keliling ni, ego sgt kan aku ni..EGO tu perlu okeh..tapi dorang semua la penglipur lara aku..kann..kalau xde dorang semua, aku ni xkemana gak..yelah, xkn nk wat life sorg2..sekurang2 nya ada gak yang memberi nasihat bile kita perlukan..so..mari mari mari..happy2 kan diri..hehe..watpe nk pikirkan hal yg sedih2..nanti kite gak yg rase xbest..kan kan kan..

ape ye?? erm..AKU XSABAR NAK TAHUN DEPANNNN!!! hahahaha...kenapa?? ermm..ermm..erm..ADALAH..hihihi..hanya ORANG2 BERSABAR (AKU lah tuu..hihi) jek yang tau kenapa..kan kan kan..ngeeee~~ pstt~~pstt..hey KAU!! ehe GUD LUCK for ur ASSESMENT..hokey..CHAIYOK2!!

p/s: *SALAH ke aku menjadi NURAINI KHAIRUDDIN??? hurm..

29.10.10

APDETAN yang xberape nak apdet..ehehe


(episod APDETAN ke-4)

ok sekarang aku rase betul2 nak MEMBEBEL!! <--cuak x?? hahaha...aku bosan dengan SUHU badan yang mcm ni..haizz...rase mcm nk baring saje...xnak wat pape..xnak g keje...xnak makan...xnak kua rumah...SEMUA NYE AKU XNAKKK!!! hhuhuhu~~~dah dekat SEMINGGU aku DEMAM plus SESEMA..haissh..nak kate aku xmakan UBAT...memang laaa...HAHAHAHHA...bukan xmo makan..tapi..kenape doctor x buat UBAT tu rase MANIS?? kenape mesti PAHIT?? hohoho..sebab tu lah aku xmakan OBAT nii..ngee...


tapi..tapi..tapi...arituh dah 3hr berturut2 aku terPAKSA telan gak obat sesema..SEBAB?? sebab ada ORANG paksa...hahaha...ye encik...saya makan OBAT sesema hari2...(hahahaha<--ketawe jahat)..tapi xsehat gak..aku malas gak nk layan demam aku ni..bia kn saje..tp kadang2 kat opis rase cam xleh blah...paling aku xleh blah bile kne asap..adesss..mule la terbatuk2 aku nih...FOBIA beb...huuuu...pape pn aku bia kn saje..malas nk pk..siap kan keje yang berlambak ni lg bagus..lupe sume masalah..hehehe....tapi esok..aku nak MC gak!!! nak jugak!! nak jugak!! aku nak MC tapi aku xnak OBAT...boleh kan?? hahahaha...(abe~~~kau nak tolong aku kan..hehehe..sok kite g cari MC aku ye..hihihi..MEKASEH!!) hahaha...esok aku xnak keje..sbb xlarat dah otak aku pusing2 pk mende yg xsettle kat opis tu..tu baru kat opis..blum problem laen lagik yg xsettle...aahhh lantak lah..malas saye!! hehe..yang penting esok CUTI~~ngeee..


p/s: lame xmembebel utk suka2 hati kan..ehehe

23.10.10

Update | Update | Update!!!!!!!

nak UPDATE ape dollllll...haha owh..pekate cerite pasal tadi..*tepuk2 bantal spongebob ni jap..haa hari ni aku keje..walaweyhh sgt tensen tadik..apsal la dak2 Fiesty (company 1lagi under Affa Trend) duk wat aku rase hangin..haihh..bole x bagi aku settle kn keje aku sat..dah la nk kejar mase..(halfday la katekan..hehe)..lg pn aku nk g kenduri member aku..dah la kat Pasir Gudang..pastu tumpang org..so kul 1 tepat aku dah kene balik, sbb dorg nk amek aku kul 1.30..haihh...dengan customer nk print tu,print ni..besabar jek la aku tadik..pastu dtg plak bos aku tanye.."nani, dah oke dah buku tu??"..aku lak jawap "ade lagi Cikgu(ktorg mmg paggil bos ktorg CIKGU..sbb die dulu CIKGU..paham??) yang lum siap..sbb nk masuk2 gambar lagik..bla..bla..bla.." <--penat membebel minum air sat..haa camtu la tadik kt tempat keje..pastu aku grak balik kul 1.15pm...so dengan kelajuan yang ada kat keta aku tu...aku tekan minyak laju2...then smpai uma kul 1.30pm..(laju x???)hahaha...pastu siap2 tunggu si Kokot(member aku ni) amek aku..
*oke abes bab Pertama...seterusnya


Pastu..kunun2 nk g KONVOI reramai la kan..(ramai ke?? haha 3 biji keta jek)...kunun gtau aku nk grak kul sblm kul 2.00pm..haihhh...last2 grak g Pasir Gudang kul 2lebih gak...memang aku kenal sgt dahh..tp xpe..sampai sane jek dah ujan..huhu..pape pn makan jek la dulu..lapoo beb..haha..tapi kat sane..tbe2 terperasan sorg member aku mase skola teknik dlu...Ghazali Panjang...rupe2nye die kwn ngan mmber aku yg kawen ni...lahai kecik nye pasir gudang..hew3...lame xjumpe die...omg..tbe2 tingat Honda Jazz...wakakaa (*ape tu?? RAHSIE!!!)
pas makan lepak jap pastu balek mengharungi HUJAN yang LEBAT..nasib kokot ade Payung..tp kne gak ujan..huhuhu..demam la saye nanti..pasni ade program len plak, nk g Beday anak member aku lak kat Taman Bukit Kempas..chacha anak asrap n ajun..ok Selamat Pengatin Baru kpd Wan Rosli & Pasangan..semoga berbahagia hingga akhir hayatt hendaknye..I.Allah...
*oke abes bab Kedua...seterusnya..


otw balik mestilah lalu Highway Pasir Gudang tu kn..aku dh agak dah..time2 hujan kompem jalan JAM..huhuhu....boleh bertapa dalam keta kokot tu...dengar lagu2, dgr si pau n kokot beborak..xpaham aku..last2 aku layan msg kt hp aku..tapiii nk msg sape?? aahhh naseb r sape jadi mangsa aku mase tu...mcm2 org aku msg...hehehe...mahap saye saje mengganggu..lepas TABAH mengharungi JAM2 yang ade..sampai lah kami ke destinasi kami..iaitu rumah ASERAP n AJUN...still hujan lebat...haizz...kene hujan lagik..bersabar jek la bagi org yg antibodi nye xkuat mcm aku ni..kan kan...so rileks saje..wat muke cool...then makan, makan, makan, dan makan...pastu dah petang then rase mcm nk balik..tapi dorg duk lepak lagi..xpe..rileks lagi...hurm..tbe2..dapat 1 msg dari anak sedare aku, ABANGAH : "akak xcident!" hurm...trus aku kol akak aku....huhuhu...sgt teruk gak die xcident...patut la aku rase cam xbes jek dr td...hurm..pape pn bersyukur lah semua xda pape...semua selamat kereta jek yang teruk..(malas nye nk detail kn cerita pasal xcident ni..cite len kali leh kan..) aku masuk kn sket gambar keta die time tu...ni pn aku amek kat fb die..terukk wooo....


*oke abes bab ketiga dan yang terakhir


AKHIRNYA dengan RASMInya
AKU ialah DEMAM...k bye!!



26.9.10

KAHWIN la pulak


ok2..ni nak cerita pasal semalam (25.09.2010), semalam aku g kenduri kawen member aku, member 1 skolah teknik dulu..dulu mase kt skolah kire nye die ni 1klik ngan aku la..so ktorg agak rapat la..(rapat ke?? hahaha) dah kawen dah mmber aku ni...congratz to ASFAIZAH & husben...cepat2 dapat anak la ye...hehe..

Bile tgk kawan2 dah kawen ni..hepy..ramai gak kawan2 aku yg dah kawen n tunang...dan kebanyakan yang rapat ngan aku sume nye dah ade life masing2..ade tu sebuk nak kawin..ade yang sebuk nak tunang..pastu semalam jumpe mmber2 laen..sume cerite pasal kawen n tunang...haiz..

so ia agak membosankan aku..so aku diam saje tgk dorg borak..then bile sampai jari telunjuk tu kat aku..aku hanye bole ketawe saje..gile ke ape?? aku pikir2 balik...layak ke ngan diri aku n life aku yang skang ni nak pikir pasal KAWEN??? oh no!! bukan xmo pikir..

tapi..aku blum terdesak nk pikir pasal tu time2 skang ni..yg mampu aku bersuara skang..KALAU ADA JODOH ADA LAH..sebab dorg sebuk kenen2 aku ngan dak tu lah, dak ni lah...suke plak aku kan..haizz..tau la korg2 tu dah nak kawen..rilek2 r..sampai seru aku..kawen gak 1 hari nanti kan..dont wori kawan2 ku..okeh.. (:

so ni sedikit sebanyak gambor2 pengantin yang ada k..(SIKIT jek sbnrnye..yg len2 byk kat camera member aku..die lum upload lagik..so korg tatap la pic2 ni dlu ye..hehe)



pengantin baru nk masuk ke dalam dewan

si baju MERAH..berjalan di atas KARPET merah..
(murah rezeki pasangan ni kan..hehe)


oi, oi..sempat menjeling ye encik rizal...hew3..

op..oppp..ni bukan PENGANTIN...lalala

ni la PELAMIN dorg..cantek kannn...

sesi bergambor bersama pengantin..*senyumm




p/s: wahhh....abes susah cite kawen2 ni...congrats to JOJO a.k.a Fazira bertunang hari ni...tahniah..Kawen jgn lupe jemput saye untuk habes kan makanan d rumah kamu ye..hehe







2.9.10

KONSENTRASI yang HILANG

wOw..itu BINTANG..naseb xhujan malam ni...gud2!! tadi ikutkan hati memang aku rase nk kua jalan2..tapi macam biase lah..d sbbkan kemalasan melanda..xjd la kua..tp td tepon Yana (anak sdare aku) tanye die ktne, kunun2 nk ajak kua la..tp die kate die dh kat Jusco Tmn U..hurm..xjdik trus la aku kua jalan2..lepak2 dlm bilik...kira bintang kat SILING ni.(haha..borak mcm lepak kt lua umah jek kn..ehe)..waahh sgt tenang (yela mls nk g lua uma tu tgk bintang real..hehe)..hurmm tapi HATI aku xtenang pun..erm..

tadik kat opis..layankan dak2 ni borak..tbe2 abang kt opis aku ni gtau pasal Solat Istikharah..aku dgr kan saje..ooo baru aku tau..nk buat Solat tu bila kite betul2 kusut n xtau nk wat kputusan o pilihan..tapi..aku TAKUT nak buat...hahahaha...knape ye...ok2 1st> sbb takut nak tau result nya..2nd> bila dah tau resultnya, org tu plak yg kite rase xselesa..tapi..slalunye PETUNJUK yg Allah bagi tu lah betul kan..ntah la..

Lagipun aku kn slalu mintak di beri petunjuk yang betul, tapi ntah la..takut ngan diri sendiri kot..hurm..SEMUA ORANG aku xpercaya..sampaikan dengan diri sendiri pn aku xpercaya..camne tu..ahh whatever~ janji RUKUN ISLAM & IMAN aku Percaya..kan..

Pape pn skg aku rase bebas sket..aku malas dh nk pk mende2 yg kusut ni..sbb aku tau aku xda jawapan utk tu sume..lantak r pe org nk kate..aku tetap camni..dr dulu pai skg..aku tetap yg sama..kpd yg xkenal aku lagik tu..xyah nk mek hati ngan ayat2 aku sgt..family aku slalu ckp aku ni 'takde perasaan' bile dorg ngate aku..tp tu lah hakikatnya...aku malas nk layan mende2 camtu..yelah dah kene ngate, pastu ko nk layan perasaan tu smpai ko sakit aty,down,n pape jek lah..baek aku wat mende laen yg aku suke dr layan kn dorg..

wahh apeseh aku ni..membebel ntah hape2..aku hilang fokus ni...haizz..bosan gile..xpe la..lenkali jek la borak2 lagi pasal mende berfaedah pulak ye..hahaha...


________________________________________________________________________

layan lagu ni bess wooo


________________________________________________________________________

p/s: hey awakk!! tengs coz sudi membaca ayat2 merapu dlm ni..ehe...