27.11.10

Hobi Yang Comel


wohopp..menguap dulu sebelum menaip. kalau xnak menguap.. mengucap dua kalimah syahadah lagik afdhal.
sempat aku taip untuk enty ni sebelum masuk hari esok. kan kan. terer kan aku.
*memang slalunye update entry baru sebelum kul 12.00 mlm tiap2 hari..sbb tu jek la time free nk membebel kat sini..

mentaliti aku tengah konfius ni, sebab tadi, 10 minit selepas budak ni kol, aku kol die balik. tapi dia tak pick up koling akuk. pantas gila dia tido kan. xpe la mungkin dia penat kot packing barang dia dari malam tadi sampai ke pagi tadi..*gila lama kau packing barang..haiz..tak mengapalah.

sila abaikan kalau tak mao kepala korang penin dengan cerita corat coret carut (ade ke?) yang tak da makna kat atas tu. memang kebiasaan entry sebelum2 ni pun sama jugak kan. semua nye corat coret carut yang mengarut sama sekali. sememang nya xpatut d hadap oleh sesape pung. tapi semua tu aku xkesah sangat sebab janji aku dapat membebel kat dalam ni ikut suke aku laa...kan..

tadi kat lua opis ternampak ada kanak2 maen lari2 dalam hujan. siap xkai baju plak tu. dalam hati ni asek la membebel kat budak2 ni *membebel dlm hati memang la dorg xdengar kan. yelah siang2 hari main hujan. siap golek2 kat jalan tar yang tah air ape mengalir tu. euw..memang ko balik uma berkurap la badan tu dik oi.hish..pastu bile dah abes membebel dlm aty ni. datang lak abang kat kedai sebelah ni sound;

"dik, dari kau bergolek2 tu baik kau masuk jek dalam longkang tu..berendam terus"

tau apa budak buat..mereka bergole, bergolek dan terus bergolek..merkea hengat situ sunway lagoon ke?? ish3..mereka semua buat xtau jek dan teruskan 'permainan' dorang..

dan abang tu membebel sorg2 gak..

"apa la budak2 ni, bukan nye bes maen camtu. pegi la g panjat pokok ke ape ke, baru thrill.macam aku kcik2 dulu..bla bla bla"

ayat 'bla bla bla' tu penting ye sbb die membebel panjang jugak xdapat telinga ni nak record. pastu aku cakap la pulak..

"bang, panjat pokok x thrill la bang. abang penah try panjat bumbung rumah, pastu lepak atas bumbung tu tengahari buta coz nyorok dari emak sebab tak pegi mengaji. baru thrillllll~~~"

abang tu trus toleh kat aku

"eish xkan lah nak wat camtu tengah hari buta, kalau malam ye la kot.kalau tengahari matahari terpacak woo. panas kot..Nape? kau buat macam tu ke??"

aku senyum pastu trus blah naik masuk opis tinggal kan abang sebelah tu terpinga-pinga..hihihi

tu bole dikira sebagai hobi aku time kecit2 k. korang pun mesti ada hobi gak kan.
contohnya mengumpul batu bata, mengumpul siput khinzir, xpun golek2 kat jalan tar macam budak2 tadi..

korang yang bace ni jangan lah pulak berusaha nak cari no telepon mak aku kat yellow pages plak semata-mata nak gtau aku lari dari pegi ngaji mase kecik2 dlu ye..abaikan niat korang tu.

oh oh, rasa macam semangat plak menaip bila dengar lagu rancak2 camni. rasa macam mau joget Shuffle ala2 muda mudi zaman sekarang. tak pun joget Futterwacken ala2 Mad Hatter joget dalam cite alice in wonderland tu. pastu dah penat baru bole tido dengan nyenyak.. ye takk??


oke sambung menguap..*yarwn*yarwn*

p/s: die ni selalu bermasalah dalam karang-mengarang ayat penutup yang manis mahupun tragis. sebab tak banyak baca novel. oleh itu penutup tidak ada dramatik langsung. *senyum

Tiada ulasan: