Memaparkan catatan dengan label NaN-Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NaN-Doa. Papar semua catatan

3.11.11

Jawapan Aku ... Jiwa Aku

Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah xmampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkanaku tahu kebenaran setelah setahun. mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untukaku. sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulahsayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…

“lelaki?cinta?”

hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

#Copy n Paste dari Facebook seorang teman..

*sedang cuba melepaskan 'semua orang' dari dunia aku ... maaf & terima kasih ...

15.8.11

SUPERHERO kegemaran!



Batman???

Superman??

X-man??

Ironman??

Cicakman??

Flashman??

Kluangman??


naahhh~~~tu semua xwujud!!

tapi ade 1 Superhero yang pernah wujud dalam hidup aku..
dari aku lahir sampai la ni...beliau tetap wujud...
Beliau jaga aku dari kecik sampai laa ni..
Beliau ajar aku sampai aku jadi pandai..
Beliau guide aku dalam perjalanan hidup sampai la umoq aku 24thn..
Beliau gak yang marah aku kalau aku wat salah..
Beliau banyak ingatkan aku apa yg betul & salah..
Beliau jugak suke ingatkan aku pasal Kelahiran, Kematian & Jodoh...
Beliau jugak selalu pesan "nak cari laki biar yang pandai Sembahyang,Baca Quran,Berpuasa baru dia boleh jaga kau"...(bese r..umo aku kn 24thn..tu jek la yg asek d ckpkn nye ...huuuuuu -_-' )

tapi aku xpernah amek hati sebab...Beliau la Superhero ku..


EncikAYAH ku SuperHero ku... Nanie sayang EncikAyah lebih dari EncikAyah sayang nanie..



hari ni Beday Superhero ku ni....yg ke-66 ..
(kat fb aku tulis 65..silap plak...mak btolkn..kate 66..fuuu..apelah umo EncikAyah sndrik pn lupe...dushh)


ni jek yg sempat ktorg adik-beradik buat..
[aku yg deco..bur0k!!! sbb balik keje terus kene deco..mahap mmg bur0k!]

cucu2nye mmg lebih sudu dari kuah!



TweetList > @CikNanie : You taught me how to talk, you even held my hand and made me walk. You filled my mind with knowledge and understanding, that I would never be able to learn if not for you. Thank you for everything. #LuvYouDad

3.8.11

Harap Masih Belum Terlambat!

Ya..

harapan aku tahun ni...

Aku mahu lakukan sesuatu..

Sesuatu yang bukan Satu..tapi sesuatu yang banyak...

Banyak benda yang perlu aku perbetulkan...

Tapi untuk perbetulkan diri aku memang masa yg diperlukan...

Banyak masa yang aku guna selama ni untuk aku..

Bukan untuk orang lain..

tapi kebaikan nya adalah untuk semua...

Mengharapkan orang lain untuk faham...

Sangat mustahil...

Angka yang bakal bertambah..

Aku mohon, hari itu akan muncul juga..

Aku harap, Aku masih BELUM terlambat....


9.11.10

Dengan Izin Allah

Ikhlas kan lah doa sebagai hamba Allah yang naif. Nama nya pun manusia. Tak semua yang sempurna, dan setiap kekurangan janganlah di caci atau di hina. Malah haruslah di kasihi sesama kita.

Ketika Bonda sedang di ulit mimpi, Ayahanda sedang mengadap helaian-helaian ayat Quran, si jiwa kacau masih mencari ketenangan. Bila semua nya akan berakhir?? tidak ada jawapan untuk itu, malah hanya mampu bersabar untuk mencari kemahuan sendiri yang tak nampak bayang nya walaupun sedikit.

Disaat hari esok hampir tiba, segala kesungguhan mencari ketenangan dah hampir tamat. Tidak semudah yang disangka, berjalan dalam gelap tidak semua nya masalah selesai. Tetapi diakui berjalan tanpa teman mengilhamkan ketenangan yang sementara.

Termenung seketika mengadap kebesaran ciptaan Tuhan di bumi Johor. Keluarga, Sahabat dan Kekasih sibuk melayan keenakan malam di tepian pantai. Desiran air laut menggamit diri, pinta menghantar balik tubuh ke rumah, sepoi-sepoi angin pinta kaki melangkah pergi dari situ. Duduk tiada berteman sambil melangkah pergi, sangat bersyukur dalam ketenangan yang dinikmati walau pun mencuri masa sendiri.

Semakin mencari arah tuju, semakin hilang tujuan sebenar yang dirancang. Tetapi tidak sedikit pun keluhan keluar di hati. Mungkin yang terjadi akan muncul hikmah semulajadi. Sentiasa berdoa walau dalam apa keadaan sekalipun, sentiasa bersabar dalam setiap dugaan yang muncul, bersangka baik dalam setiap perkara. INSYA'ALLAH semua berjalan dengan baik dan lancar.


Bila Allah memakbulkan sesuatu permintaan (doa),
Bermaksud Dia menyayangi kamu.
Bila Allah lambat memakbulkan permintaan mu,
Maka bermaksud Dia ingin mendugamu,
Tetapi, Bila Allah tidak memakbulkan permintaan mu,
Jangan lah merasakan dunia ini kejam,
Sesungguhnya episod hidup yang lebih baik untuk kamu,
Telah direncanakan olehNya.
Insya'Allah, Tanpa jemu berdoa,
Berkat doa dan rahmat dariNya,
Suatu hari pasti Allah menetapkan hati kita, keimanan kita,
Untuk menjadi hambaNya yang soleh/solehah.






Mungkin jalan yang dulunya kabur akan muncul jua...amin...*senyum~
~mengadulah pada siapa-siapa pun, hanya Allah swt tempat bercerita segalanya.

2.4.10

Doa d Pagi hari



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini,
kemenanganMu, pertolonganMu, cahayaMu, keberkatanMu, dan petunjukMu.
Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan
yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

aminn~~