29.6.11

Mencarut bukan pilihan saya ..


Seperti yang korang semua tak tahu, haaa ni yang aku nak bagitau ni...laii laiii


Benda alah natang yang nama nye apple-queen.blogspot.com ni bukan untuk tontonan ramai. Tapi kepada sesiapa yang dapat dan reti membaca setiap entri-entri yang ada dalam blog aku ni di kire makhluk tuhan yang bertuah la ye. #TahniahUntukKorang <---- terikut2 gaya twitter..mahap


Bende alah ni hanya personal blog. Sebab tu tak da iklan nuffnang mahupun nangka pelbagai, apatah lagi untuk aku mengejar followers sape yang paling banyak antara bloggers. Kalau ada pertandingan "PEMES Blogger mane yang followers paling ramai" kompem aku paling corot macam cencurut. Sikit pn aku ni tak terkenal. Dan aku pun tak pernah cuba nak suruh sesiapa baca carutan aku kat sini. Ouh, tapi mungkin aku dah nyanyuk sikit kat sini, ada la seorang duaorang tigaorang yang aku bagi baca kot. *Kadang2 penyakit orang tua ni selalu jugak menular kat orang muda. ehe ... -_-'


Sebab blog ni hanyalah bebelan mood aku sebagai AKU. Tapi..tapi..tapi...Aku tau ada orang yang baca semua coretan & carutan aku. Aku tau laaa, traffic aku bergerak beb. hewhewhew Aku takdelah bodoh cuma kadang-kadang ada la bengap sikit. Bak kata PuanMak "Tulahhh banyak sangat makan semut!" . Tengok, muda-muda dah kena 'tulah' apalah nasib..


Dah2, jangan banyak mengarut nanti orang lebel [baca: label] kan ko "ntahapeapentah budak ni" .. Ok, tapi.....*mesti ada 'tapi'..ehe...bia la mengarut dari mencarut (!) .. ye dak??


Tapi kan .. *tapi lagii..haihh.. kan bagus kalau benda alah ni dijadikan tempat ilmu..ye dak? takpe2 1hari nanti InsyaAllah..ala..aku xperlukan followers yang ramai..belum tentu ada followers tu dorang akan baca apa yang kau tulis kat sini..betul kan?...cukup la sekadar aku dapat luahkan apa yang ada dalam AKU ni...tak gitu?? he he he


Jangan risau...aku tak suka mencarut, tapi #Ngok tu dalam kategori mencarut jugak ke??? *garu2 kepala..


Nota nak kene kaki ke? : harap-harap gua rajin membebel kat sini, chayok! nampak sangat takde idea nk buat entri ni..mahaf tangan gua ngah gatal nk menaip..ehe

Tiada ulasan: