aku tak tahulah kenapa,tangan ni dah gatal sangat nak menaip. Tapi bila dah start menaip..hampeh..satu idea pn takda...lari tah kemana..padahal setiap hari banyak jek chapter2 yang aku larung dan sebolehnya bercerita kat entry ni..oke2 sisirkan rambut ketepi, naikkan lengan baju sampai kesiku, betulkan keadaan kerusi, selesakan diri dan mulakan membebel sekarang.
[cukup tersisir rapi tak rambut bila salotep sebagai pengganti sepit rambut?]
Susah kan bile semua yang kita cuba nak ingat tak lekat kat kepala otak..*mengeluh
Takpa, lepas ni aku cuba lekatkan ingatan aku kat setiap sudut yang boleh dilekat, supaya tak lupa lagi..seperti contoh lekatkan kat cermin ke, kat dahi ke, kat atas meja ke, kat cermin keta ke...teettt...benti mengarut.
mungkin bercerita secara spontan lebih menarik kot, daripada aku cuba mengingati aktiviti2 'menarik' aku sebelum2 ni. Siapa setuju..sila hentak lappy korang ke lantai...dan mekaseh atas kerjasama korang.. =_='
[harap-harap lappy korang still boleh berfungsi ye]
Mungkin aku lebih suka mengarut dari mencarut #iniFaktaBukanAuta.
Korang pernah tak mengalami satu situasi dimana korang berasa kepala korang ligat berputar memikirkan seuatu, segala masalah bersatu padu. Daripada masalah diri, duit, rakan, keluarga, cinta, tempat kerja dan macam2 lagi, dan atas sebab dah bersatu padu dengan jitu, mungkin masalah2 tersebut telah memberi sedikit impak kepada otak korang, dan mula la rasa nak sakit kepala, pening2, loya2, muntah2 #kau hengat orang pregnant jek ke ade semua ni? zaman dah moden hokay.
Aku belum pernah try untuk asing2 kan masalah yang bercampur dalam kepala otak ni..sebab..kalau aku dapat asingkan masalah2 ni satu2 ikut kategori masing2...adakah aku akan dapat Kahwin dengan Anak Raja macam dalam cerita Musang Berjanggut tu?? kalau betullah ada lagi anak raja yang macam dalam cerita Musang berjanggut tu, dengan lincah kadok aku asingkan satu-persatu sambil duduk bersimpuh..*mengeluh lagi
Ok2, korang tau ke tidak,kenapa bila terjadi setiap masalah tu, kita tak pernah cuba selesaikan pada hari,tarikh,masa,minit dan saat itu jugak?? mungkin ada yang buat camtu..tapi selalunya akan berlaku pertelingkahan yang amat lah dahsyat dan mungkin masalah menjadi lg teruk dan sukar untuk selesaikan..semua ayat yang keluar dan keputusan terjadi daripada otak kita yang tak stabil keadaan nya.Boleh jadi juga bila manusia tak ada sifat sabar dalam diri dia..
dan kadangkala, ramai yang memilih untuk berdiam diri dan membiarkan sebelah pihak saja meluahkan ketidakpuasanhatinya..pada aku..tu sebenarnya jalan terbaik..cubaan meredakan sikap marah seseorang dari berbalas kata2..dan otak kita dapat berfikir dengan sedalam2 nya sebelum berkata2..bukan cubaan untuk menipu tapi ialah untuk menyusun ayat supaya tak menyinggung perasaan orang laen.
Aku pernah berbual dengan seorang mamat yang dia rasa diri dia tu sangat pandai berkata2, aku memang tak nafikan, memang dia pandai sangat bercakap sampai dia sendiri angkat diri dia sebagai org yang sgt penting dalam sebuah group pada masa tu yang aku join kat Friendster. #gile legend friendster tu..Pada dia, bila ada sebuah topik yang dibincangkan tu, orang yang bercakap dengan die tu mesti lah terus bersuara untuk membetah kata2 dia..bila orang tu stop untuk berfikir, dia akan katakan yang orang tu tak jujur dan cuba untuk menipu, dan dia akan katakan segala pendapat dia tulah paling bagus.Oke, korang nampak tak permainan dia kat situ?? What The Duck mannn~~mungkinkah selama ni die tidak dikurniakan otak digunakan untuk berfikir?? atau die tidak pernah guna otak die untuk berfikir sesuatu yang agak logik...errghhh, aku memang tak bole blah ngan orang yang macam tu.korang rasa kan, apa sebenar masalah yang di alami oleh mamat sorang ni. Pada aku, dia ni ialah seorang yang tak boleh terima pendapat orang laen dan rase dia tu bagus sangat. Dan semakin lama, cara dia dan perangai dia tu mendatangkan masalah pada diri dia.Aku pn dah tak tau apa cerita mamat tu skang.fullstop.
Oke, berbalik kepada cerita masalah..Bukan apa..sebenarnya masalah ni akan bermula dari sekecil2 kuman, tapi yang merumitkan keadaan ialah manusia tu sendiri..#aku le tu..Segelintir manusia akan serta-merta menyetelkan masalah die, dan ada pulak yang suka tangguh selagi die rasa masalah tu tak mmberi beban kat diri die.Tapi dia lupa, masalah yang betangguh tu la punca terjadi nya masalah yang besar. Senang kata jenis manusia yang suka pendam rasa @ masalah ni kalau tibe2 die rase dah tak boleh nak tertahan lagi, dah boleh disamakan macam loji nuklear meletup..setuju??..#terasa lagi..Dan bila terjadi, keluar lah segala bahasa yang tidak ingin kita dengar..sebab itu la seseorang tu perlu luahkan ketidakpuasanhatiannya untuk mengelak keluarnya ayat2 mencarut bila dia meletopss..tapi aku bersyukur aku bukan jenis macam tu, sebab kan dah bagitau awal2 tadi. Aku lebih suka Mengarut daripada Mencarut..
so ape yang korang perasan dalam cerita aku kat atas tu.. Banyak Mengarut atau mencarut?? haha..idea takda tapi nak membebel. Otak aku tengah serabut dengan macam2 masalah yang tak tahu lah apa penghujungnya. Sebab tu entry kali ni agak caca marba sket. Bila aku cuba untuk selesaikan, banyak pulak benda yang menghalang. Apa yang boleh aku buat sekarang ialah, Bertenang, Tunggu, Lihat, Berfikir dan baru boleh Bertindak..
[berfikir tanpa henti tak bole disamakan dengan berjalan tanpa henti]
Nota nak kene Kaki ke? : banyakkan layan lagu Jiwang Korea ye..t kau akan rase macam dalam cerita Korea..hahahaha..Ibarat, keluar rumah jalan kaki menuju ke bukit dipenuhi daun yang menghijau. Sepanjang perjalanan, baru kau boleh rasa jalan sambil sepak2 daun kering takpun tin2 kosong sambil melayan perasaan..baru korang akan nampak persis jejaka/gadis Korea..Ada rasa macam kagum tak dengan imaginasi aku ni?? *mengeluh* . Panjang jugak ye entry aku kali ni..huhuhu...Im feel Alone!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan