4.6.10

Give Me Some SPIRIT..





Menunggu, apa yang best nye menunggu? Ada banyak alasan untuk menunggu sesuatu. dari menunggu untuk sesuatu yang pasti ataupun sesuatu yang hanya ada dalam angan-angan. Kalau sekarang aku menunggumu, adakah ia satu kebodohan? kalau sekarang aku masih mengharapkanmu, adakah ia satu kesalahan? Aku sendiri tak pernah terfikir untuk berada dalam hidupmu

Kalaulah aku boleh membuat pilihan, untuk mengubah pertemuan kita, mungkin aku akan memilih untuk tak memberi sepenuh hati aku untuk dia.
Biarlah kita hanya sahabat yang xpunya perasaan kerana aku tak mahu kehilangan mu..sesungguhnya aku rela begitu.

Kamu mencipta kebahagiaan dalam hidup bila kamu mula bercerita tentang hari-hari yang kamu lalui.Kebahagiaan bila kita bergurau, bila kamu mencurahkan segala rasa walaupun sebenarnye bukan aku d dalam setiap cerita mu.
Juga kadang tercipta satu kebahagiaan tersendiri ketika kita senang bergurau dengan bebas, ketika kamu mencurahkan isi hati dan kekesalanmu.

Sekarang, jika ada sesuatu yang boleh aku putarkan..akan kutukar untuk berada dalam hidup mu dari awal-awal dahulu...dengan keadaan yang tidak seperti sekarang. Kadang-kadang aku di perlukan dan kadang-kadang aku seperti orang asing, seakan-akan kamu menyesali pertemuan kita...sesungguhnya aku akan bertahan dengan keadaan seperti ini biarpun seperti pencuri yang cuba mencuri memorinya sendiri.
Setidak-tidaknya ia boleh menjadi penyuntik semangat dalam hidupku untuk menempuh hari-hari yang mendatang walaupun sebenarnya dalam diam.

Dan aku masih percaya kamu pun sama seperti aku untuk tidak menghancurkan segalanya yang nampak seperti biasa ini.Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang yang tak seberapa ini setelah aku mencuba segalanya biarpun aku hanya mampu melihat kamu dari jauh.

(terbace dari blog orang laen..xhengat ape name blog die...but the situation same with me)

Tiada ulasan: